Create your own banner at mybannermaker.com! !

Pages

Wednesday 21 November 2012

Perkara-Perkara Yang MembatalkanTayammum


Perkara-Perkara Yang MembatalkanTayammum.

1.       Melakukan  perkara yang membatalkan wuduk.

2.       Ada air sebelum solat.

3.       Sembuh daripada sakit.

4.       Luput waktu solat.

5.       Murtad keluar dari Islam.

Rukun Tayammum



Rukun Tayammum
      1.  Niat
نويت التيمم لأستباحة الصلاة لله تعالى
 
 


"  sahaja aku bertayammum untuk membolehkan bersolat  kerana Allah Taala.

2.       Menyapu debu tanah ke muka.

3.       Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku.

4.       Tertib.

Tuesday 6 November 2012

Sebab-Sebab Tayammum


Sebab-Sebab Mengharuskan Tayammum

1.       Tiada air 
Sekiranya seseorang itu tidak ada air padanya,tetapi yakin ada air di kawasan sekitar, hendaklah dia mencarinya terlebih dahulu kira-kira sekitar enam ribu langkah. Jika air masih tidak ditemui bolehlah bertayammum.

2.       Ada air tepi tidak mencukupi 
Jika seseorang  itu hanya mempunyai  air yang sedikit  dan air itu hanya cukup untuk  keperluan  minumannya dan binatang ternakan sahaja.Dalam keadaan ini dia dibolehkan bertayammum.

3.       Sakit
Sakit yang  tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh atau bertambah sakit.

4.       Cuaca terlalu sejuk
Cuaca yang terlalu sejuk  dan penggunaan air mungkin boleh memudaratkan 

Pengertian Tayammum


Pengertian Tayammum

Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat disertai niat.

Dalil Tayammum

Al-Quran
Firman Allah Taala dalam surah Al-Ma'idah
Maksudnya: dan jika kamu sakit(tidak boleh kena air), atau dalam keadaan musafir, atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah-debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu dengan tanah-debu itu. (Surah Al-Ma'idah 5:6)

Hadis
Riwayat Huzaifah r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda
Maksudnya:"kita dilebihkan daripada orang lain dengan tiga perkara: dijadikan saf-saf kita seperti saf-saf Malaikat.Dan dijadikan kepada kita bumi ini seluruhnya sebagai masjid. Dan dijadikan tanahnya menyucikan untuk kita (bertayammum) jika kita tidak menemui air."
                                                                         ( Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim)