Pages

Friday, 7 December 2012

Latihan



 Soalan Latihan

1.    Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Tayammum ialah menyapu ________________ yang suci  ke _________ dan _________________ hingga  kesiku  dengan beberapa syarat   dengan disertai _________________.

2.   Tuliskan harus atau batal bertayammum pada  pernyataan dibawah .
a)   Cuaca yang terlalu sejuk.                                       _____________
b)   Ada air sebelum solat.                                           _____________
c)   Sembuh dari sakit                                                  _____________
d)   Melakukan perkara yang membatalkan wuduk.   _____________
e)   Sakit yang tidak boleh menggunakan air.            _____________

3.   Susun rukun tayammum mengikut urutan.
a)   Menyapu debu tanah kemuka.                                 _________
b)   Tertib                                                                         _________
c)   Niat                                                                            _________
d)   Menyapu kedua-dua belah tangan hingga ke siku.  ________

Monday, 3 December 2012

Rancangan pengajaran Harian



Rancangan Pengajaran Harian
               
Mata Pelajaran                   :               Pendidikan Islam Tahun 4
Tarikh / Hari                         :               16 Ogos 2012/ Isnin
Masa                                      :               9.45 pagi – 10.45  pagi (60 minit)
Tingkatan                             :               4 Cempaka
Bilangan Pelajar                 :               31 Orang
Tajuk                                     :               Tayammum
Subtopik                               :               Pengertian dan cara melakukan Tayammum
Objektif Pembelajaran :     Pada akhir pengajaran ini, pelajar akan dapat :
1.     Menyatakan pengertian tayammum
2.     Melafazkan niat tayammum
3.     Menunjukkan cara tayammum 
Pengetahuan Sedia Ada :     Murid telah mengetahui kaitan antara wuduk dengan tayamum
Alat Bantu Mengajar           :               Benda maujud (air dan debu tanah),slaid power point, video, kertas  A4, kad                                             
Pendekatan/strategi            :             Berpusatkan guru dan pelajar
Kaedah                                   :             Perbincangan, Penyoalan, Syarahan,Tujuk cara
Nilai-nilai                                 :             Kebebasan, keberanian, kerajinan, kesyukuran,rasional
KBKK                                      :             Mencirikan, menjana idea, menghubungkait



Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi/ Kaedah/ ABM/ Nilai/KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan
Tayammum
1. Guru menunjukkan sebotol air.
2. Guru menyoal murid tentang kegunaan air dan apa yang akan kita lakukan sekiranya tiada air untuk berwuduk.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk .

1. Murid melihat air ditunjukkan oleh guru.
2. Murid menjawap soalan guru secara individu.
Strategi : Berpusatkan guru & pelajar.
Kaedah : Penyoalan, Perbincangan.
ABM :
Benda Maujud Air.
Nilai : Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK : Menjana Idea, mencirikan
Langkah 1
(12 minit)
Pengertian Tayammum
Maksud : Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat dan disertai niat .
Sebab tayammum: sakit yang tidak boleh kena air, Ketiadaan air , ada air tetapi cukup untuk keperluan diri dan ternakan, cuaca terlalu sejuk.


1. Guru memilih 3 orang murid untuk membacakan dialog mengenai tayammum.
2. Guru menyoal murid tentang pengertian tayammum dan sebab tayammum berdasarkan dialong yang dibaca tadi.
3. Guru menerangkan maksud sebenar tayammum dan sebab-sebab diharuskan bertayammum.
4. Guru menayangkan  Slaid dan meminta murid membaca secara beramai-ramai
1. 3 orang murid keluar kehadapan untuk membacakan kad dialog yang diberikan oleh guru  dan murid lain  mendengar dengan teliti dialog yang dibacakan oleh rakan mereka .
2. Murid memberi pendapat mereka berkaitan  pengertian tayammum dan sebab diharuskan bertayammum .
3. Murid mendengar setiap penerangan guru dengan prihatin.
4. Murid membaca secara beramai-ramai.
Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru
Kaedah  :  Penyoalan, Perbincangan, syarahan
ABM :
Kad dialog
Nilai : Keberanian, kebebasan, kesyukuran.
KBKK : Mencirikan, menghubungkait
Langkah 2
(13 minit)
 Cara-cara melakukan tayammum.
1.   Niat
2.   Menyapu debu tanah ke muka.
3.   Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku


1. Guru menunjukkan video cara-cara melakukan tayammum kepada murid.
2. Guru menyoal pelajar tentang pemahaman mereka berkaitan video tersebut.
3. Guru menerangkan  cara melakukan tayammum dan meminta murid membaca tayammum secara beramai-ramai, berkumpulan dan secara individu
1. Pelajar melihat video cara melakukan tayammum
2. Pelajar menyatakan pemahaman mereka berkenaan video tersebut.
3. Pelajar mendengar setiap penerangan guru dengan prihatin.
Strategi : Berpusatkan pelajar dan guru.
Kaedah : Penyoalan, syarahan.
ABM :
Video
Nilai : Kerajinan, kebebasan, rasional.
KBKK : Mencirikan, menghubungkait
Langkah 3
(13 minit)
Cara-cara melakukan tayammum.
1.   Niat
2.   Menyapu debu tanah ke muka.
Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku


1. Guru meminta murid membentuk 4 kumpulan
2. Guru meminta murid berbincang  dalam kumpulan cara melakukan tayammum.
3. Guru  meminta wakil dari setiap kumpulan untuk melakukan tayammum dihadapan kelas.
4. Guru membetulkan kesalahan murid dalam melakukan tayammum.
1. Murid bergerak membentuk  4 kumpulan.
2. Pelajar berbincang dalam kumpulan kecil cara melakukan tayammum
3. Seorang wakil murid dalam kumpulan melakukan tayammum.
4. Murid mendengar penerangan  guru.


Strategi : Berpusatkan pelajar dan pelajar.
Kaedah : Penyoalan, Perbincangan.
Tunjuk cara
ABM :
Debu tanah
Nilai : Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK : Mencirikan, menjana idea, menghubungkait
Langkah 4

(12 minit)
Pengukuhan dan pengayaan diri pelajar.

Lembaran kerja
1. Guru  mengedar lembaran kerja kepada  murid .
2. Guru meminta murid menjawab solan secara bertulis.
3. Guru berbincang dan menyemak jawapan bersama-sama murid
1. Murid menerima dan menulis jawapan pada lembaran kerja
2.  murid-murid sama membingcang jawapan dengan guru.
Strategi : Berpusatkan pelajar.
Kaedah : Perbincangan
ABM :
Lembaran kerja

Nilai : Keberanian, kebebasan, rasional.
KBKK : Mencirikan, menjana idea, menghubungkait
Penutup
 (5 minit)
Rumusan
1. Guru membuat rumusan dari tajuk yang diajar.
1. Murid mendengar rumusan dari guru